Jawapan Beliau Ttg Rujuk Ariff Aziz Nak Muntah

Hanya sembilan bulan bersama sebagai suami isteri, penerbit drama Datuk A. Aida, 49, dengan pelakon Ariff Aziz, 30, disahkan sudah bercerai pada 25 April lalu. A. Aida yang mengumumkan

perceraian itu dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dua hari lalu berkata, perceraian kali keempatnya itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, Selangor. Katanya,

perpisahan adalah jalan terbaik buat dia dan Ariff selepas tiada lagi persefahaman antara mereka. Dalam sebuah portal hiburan baru-baru ini, A. Aida dikatakan tidak akan lagi memberi peluang kedua buat bekas suaminya, Ariff. Dan yang terbaharu,

Ariff dalam ruangan Intagram Story miliknya hari ini telah memuat naik satu video dan gambar seakan menidakkan dirinya untuk merujuk kembali hubungan perkahwinan mereka. A. Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 di sebuah hotel di Subang Jaya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia perkahwinan keempat bagi produser tersebut – MHE TV

Tahu bekas suami duda 3 hari sebelum nikah – A Aida

KUALA LUMPUR – Penerbit drama, Datuk A Aida mendedahkan dia mengetahui status bekas suaminya yang juga pelakon, Ariff Aziz sebagai duda tiga hari sebelum mereka bernikah.

Jelas wanita berusia 49 tahun itu, walaupun terkejut pada mulanya, dia dapat menerima berita itu tanpa emosi.

“Saya hanya mengetahui dia seorang duda kira-kira tiga hari sebelum akad nikah berlangsung.

“Tapi apalah kerana saya tak kisah duda atau apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas mengumumkan dia sudah bercerai talak satu pada 25 April lalu selepas 10 bulan berkahwin.

Tambah A Aida, dia reda dengan perpisahan itu, cuma ingin berpesan kepada mereka yang bakal berumah tangga.

“Kepada pasangan yang sedang bercinta agar mengambil masa mengenali pasangan masing-masing sebelum berkahwin.

“Namun saya enggan meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak,” katanya.

A. Aida dan Ariff Aziz, 30, atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz diijabkabulkan dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand di Subang Jaya, Selangor.

Pasangan itu mula berkenalan ketika Ariff menjayakan beberapa projek drama di bawah produksi A Aida pada tahun 2015 namun bibit cinta mula bersemi sejak awal tahun lalu.

Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerima lamaran Ariff. – MalaysiaGazette

Sumber : Era Kini

Be the first to comment on "Jawapan Beliau Ttg Rujuk Ariff Aziz Nak Muntah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*