Memang Dulu Fiza Banyak Salah, Darah Muda kan – Punya MENTUA & BEKAS MENTUA Yang Penyayang

Walaupun sudah bahagia berkahwin dan mempunyai kehidupan baru, pelakon Fiza tetap menjaga hubungan baik dengan bekas mertuanya dan menziarahi mereka pada Hari Raya Aildilfitrn lalu. Ibu kepada suami pertamanya dahulu juga masih menyayangi dan melayan Fiza dengan penuh kasih sayang.

Malah mempunyai ibu mentua yang baik dan penyayang umpama anak sendiri. Bertuah Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim kerana mempunyai ibu mentua yang melayannya dengan baik. Bermakna Fiza kini mempunyai 2 orang ibu mentua.

Menyambut Syawal baru-baru ini Fiza telah berkunjung kedua-dua buah rumah mentuanya dan dikongsikan di laman media sosialnya. Melalui perkahwinan ketiganya bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri, kini Fiza menjalani kehidupan bahagia bersama suami, anak dan keluarga mentuanya.

Kongsi Fiza, “Hari ni raya rumah mertua, Puan Normala. She’s very nice lady, baik hati dan amat memahami. Paling tegas dalam semua perkara. Dalam masa yang sama kadang-kadang tu kelakar jugak. Thank you mama for your understanding us. Yeayyy, dapat duit raya. Thank you ma,” kata Fiza.

Malah, Fiza juga telah berkongsi tentang kunjungannya ke rumah ibu kepada bekas suami hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kongsi Fiza, “The best Mother in Law that I ever have.

Mama, thank you so much for everything that you have thought me. Memang dulu Fiza banyak salah, darah muda kan. Mama banyak bagi nasihat pada Fiza. Kalau ada masalah mama tempat Fiza mengadu. Forever you will be my favorite mama.

Thank you to daddy too. Terima kasih kerana menjaga, mendidik dan menjadi ibu kepada 2 orang anak-anak Fiza dan Farriq. Mama and daddy dah lakukan yang terbaik untuk diaorang berdua. Fiza really appreciate sangat-sangat.

Tanpa mama and daddy, tak tahulah apa akan jadi pada diaorang. Kalaulah dapat putar balik masa. Apa-apa pun Fiza beruntung dan happy sangat-sangat sebab ada bekas mertua yang baik seperti mama.

Alhamdulillah Allah panjangkan pertalian kami dan masih lagi baik seperti dulu. Aku bersyukur punyai mama yang (walaupun selalu pok pek) tapi baik hati. Tiada yang lain yang dapat gantikan tempat mama. Love u so much mama,” kongsi Fiza jujur.

Fiza mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel melalui 2 perkahwinannya. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra adalah cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama dan seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan ketiga yang diberi panggilan manja, Baby Aleena. Hasil perkahwinan keduanya bersama penyanyi Adam AF tidak dikurniakan anak.

Bukan hanya dikurniakan raut wajah comel dan mewarisi kecantikan ibu tersayang, kedua-dua beradik ini merupakan anak yang cukup terang hati mendalami ilmu Al-Quran. Walaupun usia masih muda tapi mereka tekun mengejar saham akhirat. Mana-mana ibu pun mesti tersentuh bila dapat anak seperti Ferra dan Feeya, bukan?

“Syukur alhamdulillah. Dari kecil sampai sekarang dua beradik ni tak henti-henti dan tak jemu mengaji Al-Quran. Masih ingat lagi saya masa mula-mula hantar, kena tunggu. ‘Mommy jangan balik tau’… ‘okay mommy tunggu’. Begitulah silih berganti Kak Yuli dan Kak Yati hantar dan tunggu sampai sekarang.

Nah, sekarang hasilnya. Kedua-dua anak dara saya ni dah pun hafal Surah Yasin dan hampir 80 peratus surah yang lain. Dalam usia 9 dan 10 tahun, diaorang dah pun baca Al-Quran berkat usaha mereka sendiri. Terima kasih Ya Allah. Kau hadiahkan aku harta dan anak-anak yang solehah.”

Wajah Terkini Fiza Dan Anak-anak:

Kredit foto: Instagram @fizahalimofficial

Sumber : nona via Era Kini

Be the first to comment on "Memang Dulu Fiza Banyak Salah, Darah Muda kan – Punya MENTUA & BEKAS MENTUA Yang Penyayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*