kerana tak sanggup lihat anak2 abang botak tak beraya, lelaki ini tawar diri bayar ganti rugi Alza

Semalam Mahkamah Petaling Jaya telah menjatuhkan hukvman 12 bulan p3njara kepada individu Danial Abdullah Tan, atas kesalahan memecahkan cermin sebuah kereta Alza gara-gara pemandu tersebut membunyikan hon.

Hukuman yang diterima oleh Danial telah menerima pelbagai respons daripada orang ramai, memandangkan Danial akan menyambut perayaan Aidilfitri di p3njara nanti.

 

Terkesan atas nasib yang menimpa Danial, seorang pengguna Facebook ini telah menawarkan bayaran ganti rugi cermin kenderaan kepada pemandu kereta Perodua Alza yang dikenali sebagai Siew Chan Voon.

Kepada pemandu Alza…

Seluruh warga netizen dok meng3cam perbuatan Daniel ini. Abam tak nafikan yang Daniel bersalah dalam hal ini tapi abam rasa dia patut diberi peluang kedua.. Lagi pulak lepas abam dapat tau pasal anak2 beliau, tu yang buat abam terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua…

Mungkin hari ni hari dia, tak mustahil satu hari nanti kita pulak yg berada di tempat Daniel.. Abam terbaca yang mana ini adalah kesalahan pertama Daniel dan beliau tak pernah ada rekod jenyah sebelum ni. Maybe he just having a bad luck on a bad day at the wrong location..

 

Abam tak mau pertikaikan tentang hukvman yang dah dijatuhkan, itu semua bukan dalam bidang kepakaran abam so abam tak nak berhujah apa2 pasal keputusan mahkamah tu.. But I was once motorcyclist before. Yang pernah bawak motor je mungkin faham akan situasi ini… Kadang2 ada perkara yg terjadi kt jalanraya bole mendorong ke arah perilaku mcm tu..

 

Encik Siew Chan Voon atau sesiapa yang mengenali beliau boleh pm abam untuk urusan seterusnya… Terima kasih… P/s : sekiranya dah tiada cara lagi untuk kita tolong Daniel agar dibebaskan, mungkin kita perlu fikirkan cara bagaimana untuk tolong keluarga beliau sempena nak menyambut Hari Raya yang tak lama lagi.. #abamdiSaudi #thePowerofMuslim

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mohd Fadzli Ramli via NaluriKini

Be the first to comment on "kerana tak sanggup lihat anak2 abang botak tak beraya, lelaki ini tawar diri bayar ganti rugi Alza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*