Kemenangan dipertikai, Amelia Henderson tak duduk diam… “Saya bukan Melayu tapi lahir dan besar di Malaysia”

Amelia merangkul anugerah Asia Model Awards 2019 di Asia Model Festival Awards 2019 (AMFA) yang diadakan di Seoul, Korea.

KEGEMBIRAAN pelakon Amelia Henderson setelah memenangi anugerah Star Model 2019 di majlis Anugerah Festival Model Asia ke-14 (AMFA) 2019 tercalar dengan komen neg4tif netizen yang mempersoalkan kelayakannya memenangi kategori itu.

Individu yang menggunakan akaun Instagram yang ditetapkan kepada persendirian mend4kwa wanita berd4rah kacukan itu tidak layak merangkul anugerah berkenaan berikutan bukan daripada keturunan Melayu.

Enggan berdiam diri, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 24, membalas komen tersebut dengan memberi penjelasan bahawa dia lahir dan dibesarkan di Malaysia.

 

Amelia membalas komen neg4tif netizen yang mempersoalkan anugerah yang diterima.

“Saya sedih melihat komen yang datang daripada rakyat Malaysia sendiri. Sudah 2019, untuk menjadi sebuah negara yang kuat, kita perlu faham bahawa kita mempunyai pelbagai etnik.

“Ya, saya bukan Melayu tapi saya dilahirkan di Klang, Selangor, Malaysia. Ibu saya orang Malaysia dan bapa saya orang luar tapi saya dibesarkan di negara saya.

“Saya belajar di negara saya, saya bekerja di negara saya. Malaysia adalah negara saya sama seperti anda,” kata Amelia.

Amelia yang berusia 24 tahun menerima Anugerah Star Model 2019 dalam kategori Malaysia pada hari ketiga acara tersebut.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Dewan Olimpik di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri ramai selebriti Korea.

 

Amelia bangga dapat mewakili Malaysia.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut ‘menyer4ng’ individu tersebut dan mempertahankan pelakon drama Cinta Non Grata berkenaan.

Selain itu Amelia turut meluahkan perasaan bangga apabila dapat mewakili Malaysia dan berjaya dengan hasil usahanya sendiri.

“Tiada apa yang membuatkan saya lebih bangga apabila dapat mewakili negara saya. Saya bukan boneka yang dibayar untuk menyampaikan mesej.

“Saya berupaya melakukan sendiri. Saya juga rakyat Malaysia seperti anda,” ujar Amelia.

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Kemenangan dipertikai, Amelia Henderson tak duduk diam… “Saya bukan Melayu tapi lahir dan besar di Malaysia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*