“Ingatkan semua natural beauty. Rupanya..” – 10 Aktres Bollywood Terkenal Ni Rupanya Pernah Buat Plastic Surgery!

Kalau bercakap pasal pembedahan plastik, korang mesti teringat akan artis-artis Kpop yang dikatakan fakekerana terlalu banyak mengubah wajah ataupun bentuk badan.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya artis Bollywood pun jenis dua kali lima jugak sebab masing-masing juara dalam lakukan plastic surgery dan proses bleaching (pemutihan). Whaaat?! Mana natural beauty nya?

 

Berikut admin senaraikan 10 aktres Bollywood terkenal yang pernah melakukan plastic surgery. Korang pasti takkan percaya!

Artikel ini berdasarkan perkongsian Anna J di Twitter

1. Rekha

Pada awal kemunculan pelakon legend, Rekha, dia sebenarnya kelihatan agak berisi dan gelap sedikit sampaikan ada yang gelarkannya sebagai ‘The Ugly Duckling’.

 

Sering dibandingkan dengan aktres jelita yang lain, Rekha ternyata murung sehinggalah dia bertemu dengan pakar pembedahan plastik yang berjaya mengubah bentuk wajahnya dari semasa ke semasa.

Rekha katanya buat pembedahan buang lemak, buat hidung jadi mancung dan bleach kulit jadi putih melepak. Dia juga ada gunakan botox supaya nampak awet muda macam sekarang. Gitew! 

2. SriDevi 

Mendiang SriDevi dikatakan antara yang paling ketara mempunyai perubahan wajah kalau dilihat daripada awal kemunculannya hinggalah sekarang. Dari hidung bulat, dia mengubahnya menjadi mancung.

Tak cukup dengan tu, SriDevi katanya ada buat pembedahan di bibir, botox di muka dan breast enhancement. Untuk cerahkan kulit, pelakon lagenda ini buat laser treatment di UK. Wow patutlah sentiasa cantik.

3. Sushmita Sen 

Miss Universe 2002 ni katanya memang obses gila dengan pembedahan plastik dan dia juga pernah mengaku yang sentiasa nak jumpa doktor kegemarannya supaya ingin kekal cantik. Tapi yang tak best sikit, bila kerap sangat buat pembedahan, muka Sushmita dah nampak lain. Ops! 

4. Preity Zinta

Seindah namanya, begitulah juga indah wajah Preity yang berlesung pipit ini sehingga menjadi pujaan peminat Bollywood ramai. Namun sejak berusia ni, kecantikan Preity makin memudar akibat facelift surgery yang over.

Preity dikatakan membuat eyelift untuk kurangkan garisan kedut penuaan, lip fillers untuk nampak lebih seksi dan pembedahan hidung.

5. Juhi Chawla 

Terkenal dengan filem Phir Bhi Dil Hai Hindustani bersama Shah Rukh Khan, Juhi ni boleh dikatakan antara aktres jelita jugalah sebab pernah jadi Miss India pada tahun 1984.

Sumber: Twitter

Pun begitu, Juhi ambil masa yang agak lama untuk famous dan movie pertamanya tak laku mungkin disebabkan faktor dia tak berapa cantik. Tapi tak lama tu nampak ada perubahan pada wajah Juhi (bahagian hidung) walaupun dia tak pernah mengaku buat pembedahan plastik. So who knows kan?

Sumber: Twitter

6. Kajol 

Pernah dulu kecoh di media sosial bila ramai cakap Kajol makin cantik walaupun umur dia dah masuk 40-an weh! Kajol juga katanya pernah ‘bocorkan’ rahsia kecantikannya dengan kerap duduk di rumah (baca: melanin surgery). Tambah Kajol, lighting juga antara punca wajahnya nampak putih melepak dalam gambar.

 

Sumber: Twitter

7. Shilpa Shetty 

Rasanya perubahan pada wajah Shilpa ni tak perlu korang pertikaikan lagi sebab dia bukan je buat pembedahan pada hidung dan bibir, malah pelakon ni jugak buat breast dan hip enhancement supaya nampak lebih seksi.

8. Priyanka Chopra

Mungkin ramai yang tak tahu, mak mertua Nick Jonas ni sebenarnya miliki plastic surgery clinic. Oleh sebab tu lah Priyanka ni sentiasa nampak jelita dan dengan mudah mendapat nama di Hollywood (selain daripada dia memang talented dalam lakonan).

Walau bagaimanapun, Priyanka tak buat banyak sangat surgery katanya sebab dia dah memang sedia cantik orangnya.

Sumber: Twitter

9. Rani Mukerji 

Menurut sumber, tak dapat dipastikan sama ada Rani ada membuat melanin surgery atau tak sebab kalau di Bollywood mereka ni dah terbiasa make up dari muka sampailah ke kaki. Tapi apa yang pasti, Rani ada membuat rhinoplasty (sejenis pembedahan untuk ubah bentuk hidung).

Boleh nampak perubahan hidungnya dari besar ke mancung semacam.

 

Sumber: Twitter

10. Madhuri Dixit 

Sebelum buat comeback dalam filem Aaja Nachle lepas pulang dari US, Madhuri katanya dah siap-siap repairwajah dengan membuang sebarang kedutan dan gelebeh yang ada. Dia juga pernah mengaku tak ada masalah untuk membuat plastic surgery kerana ia membantunya untuk sentiasa nampak cantik dan yakin depan public.

Antara ‘perubahan’ yang dibuat Madhuri ialah botox injectionfillers untuk hilangkan kedut dan breast enhancementPatutlah nampak wow walaupun umur dah 52! 

Sumber: Twitter

So macam mana? Terkejut kan korang! Min pun tak sangka aktres kesayangan min ni rupanya cantik plastik semata-mata

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment on "“Ingatkan semua natural beauty. Rupanya..” – 10 Aktres Bollywood Terkenal Ni Rupanya Pernah Buat Plastic Surgery!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*