Hairan dtg sorg byi nangis mrangkak buka mulut. Tetiba byi tu snyap, terus lari ke dapur ambil cawan isi air

Assalamualaikum. Masih lagi kita di bulan syawal, ramai yang buat open house lagi. Dari pagi ke petang melawat rumah orang. Yang bujang bawa diri je. Tapi bagi mak-mak, tolonglah bawa barang baby sekali.

Saya ingin berkongsi kejadian ni supaya ada yang mengambil pengajaran. Beberapa hari lepas, saya ikut beberapa buah kereta kawan pergi beraya. Pergi mana-mana tak kesahlah dekat ke jauh memang mesti ada makanan dan botol anak. WAJIB. Sekarang ni baby saya 12 bulan.

Kami gerak dari pukul 8 pagi. Sebelum keluar saya bagi anak breakfast dulu. Lepas tu snek dalam kereta, baby makan buah. Rumah kedua yang kami pergi, saya bagi lunch. Masa ni saya tertinggal nasi kosong anak, lauk je bawa. Jadi saya minta nasi kosong kat tuan rumah suap anak makan. Habis. Botol air masak anak pun sampai tambah 2 kali penuh.

Rumah yang ke 5 kami sampai, dekat pukul 6 macam tu. Saya suap anak makan lepastu bagi snek. Botol air tambah lagi sebab cuaca memang panas. Nak dijadikan cerita, ada juga yang bawa bayi pada waktu tu. Umur anak saya 12 bulan, baby tu 13 bulan. Tak jauh beza sangat.

Masa saya suap anak lunch, baby tu datang kat saya merangkak. Dia tengok anak saya makan, dia pun menganga. Bagi air, dia pun menganga. Saya tanya mak dia ada bawa makanan tak untuk baby? Mana botol air dia, saya boleh suapkan. Tapi mak dia cuma cakap dia tak lapar pun, cuma mengada. Memang anak dia main masa tu kuat meragam. Tak tenteram dia kehulu kehilir pegang cawan kosong.

Masa saya suap anak makan petang, baby dia tu datang lagi. Saya tengah suapkan anak air, dia capai botol tu then nak masukkan ke mulut. Saya tanya mak dia lagi sekali, baby dia tak makan ke dari pagi? Tak minum air ke? Dia haus kottt…. bagi la dia air. Mak dia pandang macam tak puas hati kat saya. Gulp.

Lepastu mak dia jawab, ada bagi makan. Serdak-serdak kuih sikit jela yang tuan rumah sedia dalam bekas-bekas tu. Air? Belum bagi lagi. Botol pun takde. Tunggu tuan rumah hidang air kosong. (Tuan2 rumah tak hidang air kosong lagi). Menyusu? Belum jugak. Lepas saya dengar tu.. Ya Allah.. readers semua bayangkan, baby saya tambah botol air masak 3 kali. Cuaca sangat panas, saya pun berteguk teguk minun air masak.

Saya masa tu tengok bayi dia, Allahu… sedih tengok dia menangis. Meragam.. mak dia cuma kata dia mengada-ngada.. dalam hati ni kesian sangat. Saya taktahu pulak dia tak bagi anak dia. Kalau readers tengok muka bayi tu, memang kesian sangat2. Dia tak tenteram. Saya tak berani la nak suap anak orang, nanti mak dia marah pulak. Lagipun kalau anak dia sakit, kita pula yang dipersalahkan. Nak dekat pukul 7 tu, baby tu macam diam semacam.. macam tak bermaya. Saya dah seram masa ni.

Jadi saya ambik cawan kosong, isi air masak.. bagi kat husband saya. Husband saya bagi kat ayah baby tu.. habis. Habis air tu.. mak baby tu pandang je saya. Saya dah tak kesah.. mana la letaknya hati dan perasaan dia agaknya. Bayi boleh rasa haus. Bayi boleh rasa lapar. Dia macam kita juga. Lepas 6 bulan, mereka memerlukan makanan tambahan sebab susu je dah tak cukup. (Susu pun mak dia tak bagi). 8 pagi – 7 malam… dah macam puasa.

Kepada mak-mak kat luar sana. Beraya, raya juga. Anak jangan sampai diabaikan. Dah jadi mak ni, tumpuan utama tu anak. Bukan sesi bercerita. Dengan bagi serdak kuih raya tu anak boleh kenyang? Mak-mak semua tolong bukak buku check up anak. Kat depan tu ada tulis kuantiti yang sepatutnya anak makan. Kalau rajin boleh juga tengok dietitian Fizah Sobri untuk info pemakanan bayi. Sekian.

– Concerned Mother (Bukan nama sebenar)

Cerita ini mendapat perhatian dan komen ntizen.

Atikah Bachik : Kalau ada mak budak tu yg baca, meh sis nak ckp;

Jadi mak, kena automatik jd bijak. Budak ni, dia akan meragam kalau perut dia lapar, kembung, atau dia tak selesa (berpeluh). Lain lah kalau budak tu jenis kuat menangis.

Jadi mak jugak, automatik dah tau kelengkapan anak mesti kena bawak. Susu, air panas, air biasa, baju selai, seluar selai, napkin, sikat, bedak, lotion, telon. Haaa sumbat dalam beg. Kalau anak jenis mengunyah umur setahun tu, bawak lah biskut kudap dia atau bubur, or else kalau dh terdesak sgt, woi mekdi kan ada. Beli je bubur ayam tu. (kalau jenis mak malas, dh tak kisah dh bab garam dlm makanan anak)

Jgn lah kasi alasan, “tak sempat” nak prepare, sbb mcm sis kata memula tadi. Jadi mak, kena bijak.

Tia Mumtaz : Sedihhh..Tapi kalau baby tu baby yg susu badan mybe mak die ada susukan masa dalam kereta kot..harapnya bila mak die tak uruskan anak dgn elok..si ayah la pulak main peranan

Baby sy paling kecik 15 bulan..kami mmg sentiasa bawak botol air kosong..setiap rumah berhenti beraya mmg topup botol air anak selalu..kalau ada kueh lembut2 bg makan..dalam beg kami mmg selalu ada biskut untuk anak makan masa emergency..sebab sesetengah rumah mmg ada makanan yg xsesuai untuk baby makan..kalau ada bihun ke nasi kosong mmg suapkan je kt mulut anak tu..

Maria Sarah : Ni jenis mak ikut trend.. orang kawin, dia pun sibuk nak kawin, orang ada anak, dia pun sibuk nak ada anak.. tapi ilmu anak KOSONG, yg si bapak pun sekali-sekala tanyalah kat bini, tuuu perut anak tu dah isi ke belum??????? Kalau belum, janganlah si bapa pun buat tak peduli, ambil makanan terus suap..nak tunggu bini, nak tunggu laki ehhhh sampai bila-bila kebulur anak engkorang dua tau ehhh ehhhh boleh tak saya tampar mak dia???geramm ni

Zaihanna Razak : Lani anak saya dh 7y. Dh tak perlu bawak semua tu. Phewww TAPI dulu masa anak baby smpai umur dia 4y (myusu botol) p mana pun saya akan bawak raga. Siap semua air masak, air panas, makanan, snek baby, biskut, wet tisu, pampers dan baju xtra semua ada dlm tu. Ya mmg org selalu gelakkan saya sb bawak mcm2 ke hulu hilir. Tp sy suka semua lengkap bila anak sy perlu tak perlu nak beli atau memintak pd org. Tak ke mnyusahkan. Lgpn baby ni dia pnya lapaq xleh bawak bincang dh. So kena siap prepare semua tu.

Post Views: 197

Be the first to comment on "Hairan dtg sorg byi nangis mrangkak buka mulut. Tetiba byi tu snyap, terus lari ke dapur ambil cawan isi air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*