Datuk seri Vida tinggalkan peti duit untuk 2 anak, “RM500 atau RM5 mereka hargai”

LEBARAN kali ini amat istimewa bagi usahawan kosmetik, Datuk Seri Hamiza Othman berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Mana tidaknya Hasmiza atau lebih mesra disapa sebagai Datuk Seri Vida menerima kejutan berupa duit raya daripada dua anaknya, Cik B dan Kacak.

 

“Jika dulu saya beri mereka duit raya tapi tahun ni giliran saya pula dapat duit raya daripada Cik B dan Kacak. Memang saya terkejut dan seronok.

“Alhamdulillah. Tak kisah berapa jumlah dalam sampul surat tu saya amat hargai. Duit itulah hasil usaha keras mereka berbisnes,” katanya kepada mStar.

Jelas Vida, dua beradik itu juga tidak kisah mengenai pemberian duit raya kerana mereka sendiri sudah mempunyai wang sendiri.

Malah Vida turut menyediakan peti simpanan wang buat dua anaknya itu memandangkan dia kerap tiada di rumah.

 

“Tahun lepas saya bagi mereka RM500 seorang. Tapi kalau saya tak bagi pun tak apa… mereka tak kisah. Kalau orang lain bagi RM5 pun mereka sangat hargai. Mereka seronok orang bagi duit raya pada mereka.

“Saya kerap outstation jadi saya selalu penuhkan tempat duit Cik B dan Kacak. Mereka boleh je ambil berapa nak tapi tengok-tengok tak terusik pun. Mungkin mereka dah ada duit sendiri,” katanya.

Cik B dan Kacak memilih untuk beraya di kampung Mak Jah di Machang, Kelantan.

 

Jika tahun lalu kediaman Vida di Meru, Ipoh, Perak dijadikan tempat berkumpul sanak-saudara pada 1 Syawal, berbeza pula kali ini apabila mereka sekeluarga beraya di Kampung Pangkal Meleret, Machang Kelantan.

Vida berkata mereka tiga beranak mengikut kakaknya, Azizah Othman atau dikenali sebagai Mak Jah pulang ke kampung halamannya.

PERSIAPAN TAK MERIAH MACAM TAHUN LALU. SAYA MEMILIH UNTUK BERSEDERHANA KALI INI. MUNGKIN MOOD TAK SAMPAI SEBAB LAGU RAYA PUN TAK MERIAH. TAHUN LEPAS TAK SABAR NAK RAYA SEBAB ADA LAGU LAVIDA RAYA.

DATUK SERI VIDA

“Mak Jah anak beranak nak beraya dekat Kelantan. Jadi Cik B dan Kacak pun nak ikut sekali.

 

“Jadi saya pun ikutlah sebab nak bagi mereka seronok beraya di kampung. Bila dekat Ipoh feel raya tu tak rasa sangat. Mereka kata kat situ hari-hari… hari raya,” katanya.

Pada masa sama, Vida berkata dia turut menempah empat pasang baju untuk sambutan Aidilfitri kali ini.

Vida banyak membeli barang keperluan raya untuk dua anaknya pada kali ini.

 

“Persiapan tak meriah macam tahun lalu. Saya memilih untuk bersederhana kali ini. Mungkin mood tak sampai sebab lagu raya pun tak meriah. Tahun lepas tak sabar nak raya sebab ada lagu Lavida Raya.

“Jadi tahun ni saya hanya tempah empat pasang baju sahaja. Tema pula warna biru. Saya lebih banyak spend dekat keperluan raya Cik B dan Kacak kali ini,” katanya yang gemar makan lemang di pagi raya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Datuk seri Vida tinggalkan peti duit untuk 2 anak, “RM500 atau RM5 mereka hargai”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*