“Biarpun Bukan Saya Yang Mengandungkan Adam, Mavt Saja Boleh Pisahkan Kami,”- Misha Omar

Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar ada berkongsi satu video di laman media sosial Instagram miliknya.

Rakaman video tersebut telah memaparkan momen penyanyi yang berusia 37 tahun itu menyambut hari ulang tahun kelahiran anak angkatnya yang bernama Mohd Adam Emir.

 

“Bila ada yg bertandang ke rumah bawa sebiji kek untuk dipotong si birthday boy… Terima kasih for the cake & present yg tak berbalut tu, Abg @mimieomar hadiah birthday paling rare cara bawaknya…

“lenkali mungkin nak jimat 20 sen utk tak ambil plastic bag, dia hangkut je cemtu keluar mall!!! Hahahahhahaha!!! Terima kasih kawan-kawan ibu yg mendoakan Adam..

“Biarpun bukan rahlm saya yg mengandungkan Adam, cuma mavt saja boleh pisahkan kami…ibu sayang Adam dunia akhlrat tau..”tulisnya.

Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu telah mendapat perhatian peminat.

 

Malah, peminat turut memuji Misha kerana menyayangi anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Sedia maklum, Muhammad Adam Emir merupakan anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi, selain itu Misha turut mempunyai seorang lagi anak angkat, Humaira Lateefa berusia 8 tahun.

 

Pada 2 Mei 2014, Misha telah mendirikan rumah tangga bersama Firos Ezzwan Rossly dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 3 tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Misha Omar via MH

Be the first to comment on "“Biarpun Bukan Saya Yang Mengandungkan Adam, Mavt Saja Boleh Pisahkan Kami,”- Misha Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*