Belum sempat beraya, anak pakai baju arwah Faziani

Sudah tiga minggu pemergian pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya  di Pattani, Thailand.

Musibah itu merupakan satu kehilangan besar terutama buat anak-anaknya apatah lagi menyambut kedatangan Syawal tanpa seorang ibu.

Salah seorang anaknya, Irdina Hakim Jasman membuat dedikasi istimewa dengan memakai baju raya milik Faziani yang sepatutnya dipakai Allahyarham pada hari raya pertama lalu.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, remaja berusia 16 tahun berkenaan tampil memakai busana berwarna peach hasil rekaan Rizman Ruzaini.

“Sebenarnya baju ini bukan kepunyaan saya. Sepatutnya baju raya pertama bonda, dia memang inginkn baju raya dia tahun ni sederhana saja.

“Tapi gegirl (nama panggilan) pilih untuk pakai baju dia supaya dapat lepas rindu anda dekat arwah bila tengok Faziani Junior ni,”

Kami datang beraya dengan Mami…

Gambar tersebut mengundang perhatian pengikutnya bagi memberikan komen dimana ramai mengakui wajah dan penampilan Irdina kelihatan saling tidak tumpah seperti arwah ibunya.

Seiras sangat muka arwah!

Teringat arwah Mami… Al-Fatihah!

Boleh mewarisi bisnes akan datang

Semoga adik kuat & tabah!

Comel macam arwah Mami…

Sumber : Irdina Hakim Jasman

Be the first to comment on "Belum sempat beraya, anak pakai baju arwah Faziani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*