Ayah Berkelakuan Pelik Beberapa Jam Sebelum Anak Perempuannya Sah Jadi Isteri Orang

MELEPASKAN anak perempuan kesayangan untuk menjadi isteri orang bukanlah satu perkara yang mudah buat setiap bapa. Begitulah yang berlaku terhadap Adrina Lahuri, 25, yang baru mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Muhammad Ainolaliff Md Said, 26, Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Twitter, bapa Adrina, Lahuri Bejo, 53, seolah-olah berat hati untuk melepaskan dirinya. “Abah berat hati tapi dalam masa sama dia nak tengok saya hidup berteman. Malam nikah tu dia tak nangis. Tapi saya tahu dalam sudut hati dia, dia sedih nak lepaskan saya.

 

“Selepas habis nikah tu saya ada ‘curi’ tengok abah, nampak dia kadang-kadang termenung. Masa sanding ada sesi ucapan, kawan cakap abah menangis masa saya berucap. Depan saya dia happy je,” kata Adrina sewaktu dihubungi mStar pada Isnin. Tambahnya lagi, dia juga sempat menghantar bapanya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan kediaman mereka di Batu Pahat, Johor, beberapa jam sebelum akad nikah dilangsungkan.

Pada waktu itu, bapanya menyuruh agar Adrina tidak pulang dan menunggu sehingga dia selesai menunaikan solat. Sebelum ni saya tak pernah rapat dengan abah. Dia askar, sangat berdisiplin orangnya. Saya punya perangai memang kontra dengan dia. – ADRINA LAHURI

 

“Ayah minta saya hantar dia ke masjid untuk solat Jumaat. Biasanya saya hantar, saya balik rumah. Lepas dah selesai baru saya pergi ambil. “Hari tu dia minta saya tunggu sampai habis solat. Abah tak berapa sihat sebenarnya, dulu masa jadi askar dia pernah jatuh dalam hutan. Ia beri kesan, sukar untuk dia berjalan. “Memang sebak, sebab dialah satu-satunya yang saya ada. Mak dah lama pergi buat selamanya. Saya pula anak tunggal,” ujar Adrina lagi.

Adrina mencium tangan suaminya, Muhammad Ainolaliff selepas akad nikah. Menurut auditor di sebuah syarikat swasta di Batu Pahat, Johor itu, dia sebelum ini tidak begitu rapat dengan bapanya. Namun, segalanya mula berubah setelah pemergian ibunya, Rossimah Abdullah pada 22 September 2013 akibat saklt payvdra.

 

“Sebelum ni saya tak pernah rapat dengan abah. Dia askar, sangat berdisiplin orangnya. Saya punya perangai memang kontra dengan dia. “Pantang berjumpa bergaduh tak sudah. Kadang benda kecil je tapi tak bertegur sampai berhari hari. “Lepas mak pergi buat selamanya, tipulah kalau cakap tak janggal duduk berdua dengan abah. Tapi lepas mak pergi buat selamanya tu, orang kata hikmah kan… saya jadi rapat dengan abah,” kata Adrina lagi.

Paparan skrin perkongsian Adrina yang tular di Twitter. Dalam pada itu, posting Adrina di laman Twitter menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet). Malah, rata-rata netizen turut tinggalkan komen berhubung perkongsian itu. “I peluk my mom tak nangis lepas nikah. Peluk ayah merambu air mata. Teresak-esak menangis. Nampak rupanya lepas nikah dua bulan baru jumpa ayah. Minggu depan balik KL. Rindu ayah,” tu.lis @suzumiya0502.

 

“Kita malam tu nak nikah, petang tu sempat abah suruh pergi servis kereta lagi eh. Macam nak guna kereta tu hantar jauh je padahal nikah kat rumah je pun. Kekadang, abah-abah ni saje je kan sebab lepas ni dia tahu dah tak boleh nak arah arah macam dulu lagi,” tulis @eyrxxh pula.

Antara komen lain netizen :

AR –Father daughter moments are the best lepas i kahwin, myd ad always calls me. Kalau tak almost everyday, at least once a week. His eyesight dah tak boleh nampak so last time he used to call me to ask what time until i bought talking watch for him. Congrats newlyweds!!

Matahari –Kite malam tu nak nikah, petang tu sempat abah suruh pergi servis kereta lagi eh. Mcm nak guna kete tu hantar jauh je padahal bikah kt umah je pon kekadang, abah2 ni saje je kan sbb lepas ni dia tahu dah xboleh nk arah2 mcm dlu lg.

Artikal sebelum ini : “Selagi ayah ada, saya boleh jaga dia” – Bapa ‘cool’ menangis nikahkan anak, adik pengantin mula rasa tak nak kahwin

Video ijab kabul pasangan Sharifah Natasha Aqilah Syed Mohd Nasir, 29, dan Luqman Alhakim Halid, 28, menjadi tular sehingga menerima hampir 500,000 tontonan setelah ia dimuat naik oleh adik pengantin perempuan, Sharifah Naqiyah Afiqah menerusi laman Twitter.

Sharifah Naqiyah Afiqah, 22, memaklumkan dia dan hadirin yang lain turut sebak tatkala menyaksikan air mata ayahnya, Syed Mohd Nasir Syed Ismail, 54, tumpah sewaktu acara itu berlangsung. “Untuk pengetahuan, itu kali pertama saya tengok ayah menangis depan mata. Sebelum ni kalau dia sedih atau kecewa pun, dia tak tunjuk perasaan dia.

 

“Masa tu saya tengah bersedia rakam video, lepas tu tengok ayah menangis. Saya, kakak, adik beradik, dan nenek pun turut menangis. “Semua turut sebak, sebab ayah ni jenis daddy cool, masa tu orang cakap dalam hati dia ada taman,” katanya. Kata Naqiyah, kakaknya mula tinggal berjauhan dengan keluarga sejak berada di bangku sekolah lagi.

“Mungkin dia rasa tak puas lagi jaga anak. Lepas tahun enam kakak terus masuk asrama, lepas tu sambung belajar di Amerika Syarikat (AS). “Mestilah sedih nak lepaskan kakak kepada orang lain pula. Dari situ, saya boleh tahu yang ayah sebenarnya sangat sayangkan kami lima beradik,” katanya lagi.

Tambah gadis itu, peristiwa berkenaan cukup meruntun emosinya sehingga dia berazam untuk menjaga bapanya sehingga ke akhir usia. Malah, dia juga tidak kisah seandainya tidak memiliki buah hati pada masa ini kerana mahu memberi tumpuan kepada kedua orang tuanya. “Saya rasa macam tak nak kahwin. Selagi ayah ada, saya boleh jaga dia.

Bapa mana yang tidak sedih untuk melepaskan anak perempuannya? “Saya rasa tak perlu ada boyfriend buat masa ni, saya rasa nak jaga dia sampai ke akhir hayat,” kata Naqiyah lagi. Sementara itu, Naqiyah yang tidak menyangka posting berkenaan akan menjadi tular turut menasihati semua individu agar sentiasa menghargai ibu bapa masing-masing. Malah, dia berharap video pendek yang dimuat naik olehnya itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

“Nasihat saya, walau ayah ada buat salah sekalipun, maafkanlah dia. Dia pun manusia biasa. Apa-apa berlaku, dia adalah ayah kita dunia akhirat. “Saya sebak baca komen di Twitter. Tak tahu macam mana nak cakap, mengalir air mata bila baca,” kata Naqiyah lagi. Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor. Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber : 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar via EmpireMedia

Be the first to comment on "Ayah Berkelakuan Pelik Beberapa Jam Sebelum Anak Perempuannya Sah Jadi Isteri Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*