‘Amboi Mulut Adik Ainul Mardhiah Sudah Boleh Kumat Kamit’ Apa Yang Adik Ainul Nak Kata,Terkini Ini Kata-Kata Bapanya

Perkembangan kesihatan adik Ainul Mardhiah sentiasa mendapat perhatian semua pihak dan Netizen sentiasa berdoa agar adik Ainul Mardhiah terus sihat dan agar kekal sihat dari hari ke hari.Bapanya terkini memuatnaik video kelihatan adik Ainul berkumat kamit mulut tanda makin sihat dan mulutnya mula bergerak aktif.

Diantara kalangan Netizen memberi komen,
Assalammualaikum ainul dan ibu ayah ainul,setiap Hari acik tunggu perkembangan ainul sebelum tidor acik selalu ikuti perkembangan ainul dulu,ternyata ainul dah beransur pulih ,alhamdulilah,ainul comel sangat,be Strong ya syg.

Alhamdullilah,cepat sembuh yer sayang,aunty doa semoga kamu sihat dan dibawah lindungan Allah swt.
Alhamdulillah syukur ya Allah such a strong and brave girl you are ainul syg

Moga Allah angkat darjat kalian sekeluarga di akhirat kelak,sungguh besar ujian, hanya yg hebat saja yg mampu.. sgt2 membuka mata kita semua.Allah Maha Besar sangat-sangat menginsafkan, wahai anak, besarlah ainul dgn sihat slps ini, jadi anak solehah  bangga dgn ibu bapa ainul sejuk mata memandang.. kalian mmg hebat,Subhanallah

Perkembangan juga mendapat kenyataan dari doktor dan kata ayahnya “Doktor di sini happy dengan perkembangan Ainul apabila ainul semakin baik dari hari ke hari,” demikian kata bapa Anul, iaitu Ahmad Safiuddin di UK.

Riak wajah yang gembira

Video1

Jelas dari video kali ini mulut adik Ainul Mardhiah sudah boleh bergerak dan seakan-akan berkumat-kamit dan ini memberi tanda tahap kesihatannya yang semakin baik dan menggembirakan semua pihak.

Komen-komen lain

Bidadari syurga yang sungguh comel

dengar nama ainul airmata mengalir

membesar menjadi anak yang solehah

semoga ainul cepat sembuh

Adik Ainul Mardhiah, bayi yang menghidap Germ Cell Tumour telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London pada 10 Jun lalu.

Ketumbuhan itu  pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah yang semakin stabil juga membolehkan bayi itu dipindahkan ke wad biasa sejak Jumaat lalu, dengan semua jarum di tangan dan kakinya sudah dicabut.

Beberapa hari lepas  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut meluangkan masa melawat Ainul Mardhiah ketika dalam lawatannya kerjanya ke United Kingdom (UK).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : IG Ahmad safiudinn

Be the first to comment on "‘Amboi Mulut Adik Ainul Mardhiah Sudah Boleh Kumat Kamit’ Apa Yang Adik Ainul Nak Kata,Terkini Ini Kata-Kata Bapanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*