Dua anak lahir hari Jumaat, Sedapnya Nama Anak ke-2 Hairul Azreen

PASANGAN pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dikurniakan cahaya mata kedua selepas Hanis selamat melahirkan bayi perempuan jam 5.59 petang hari ini. Hairul, 30, turut berkongsi foto dua bersama bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah Hairul Azreen itu di Instagram.,

“Assalamualaikum. Saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira. Di bulan Ramadan ini, isteri saya, Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah binti Hairul,” tulisnya.

Menurutnya, anak kedua ini juga dilahirkan pada hari Jumaat, sama seperti anak sulung mereka, Yusuf Iskandar. “Dua-dua anak daddy lahir hari Jumaat,” tulisnya.

Perkongsian itu menerima lebih 240,000 ‘likes’ dalam tempoh satu jam pertama di samping lebih 10,500 kom3n daripada netiz3n dan rakan-rakan artis.

Antara rakan-rakan artis yang menulis komen ucapan tahniah di Instagram Hairul ialah Mira Filzah, Elfira Loy, Shukri Yahaya dan ramai lagi. Sumber hmetro

Artikel berkaitan ‘Doakan keselamatan, kesihatan Hanis Zalikha dan baby’

PELAKON dan pengacara, Hanis Zalikha yang kini sarat hamil anak kedua berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah puasa kali ini. Menurut Hanis, 29, pada awalnya dia cuba berpuasa, namun usai mengerjakan solat Asar pada Ramadan kedua, dia menyedari perubahan pergerakan bayi dalam kandungannya.

“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya (Hanis) jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diam je. Baby yang kali ini dahlah sangat cepat bertindak balas, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.

“Tapi masa petang tu kita geletek dia, daddy (Hairul Azreen) dia panggil dia, semua dia tak nak respon. Ya ALLAH gementarnya. Terus daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua dan dan itu juga baby tendang kuat gila.

“Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang,” tulisnya di Instagram.

Tambah Hanis, ibu hamil juga perlu sentiasa peka dengan pergerakan bayi sekiranya berpuasa. “Kita tahu masa anak kita aktif, jadi kena peka. Kiraan tendangan itu bukan sama setiap orang, ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. “Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian via arena setempat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Be the first to comment on "Dua anak lahir hari Jumaat, Sedapnya Nama Anak ke-2 Hairul Azreen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*